PROFIL & SEJARAH SEKOLAH

PROFIL SEKOLAH

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH 



KOD SEKOLAH
ABB0045
NAMA SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN SATU
ALAMAT
JALAN HOSPITAL,
35000 TAPAH,
PERAK DARUL RIDZUAN.
NO TELEFON / FAKS
05-4011354 / 05-4018354
JENIS SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN
GRED SEKOLAH
A
PERINGKAT SEKOLAH
PRASEKOLAH & RENDAH
SESI PERSEKOLAHAN
PAGI
EMAIL  1BESTARINET
ABB0045@1bestarinet.yes.my
BLOG SEKOLAH
http://sksatu.blogspot.com/
TARIKH DIBINA
02 March 1914
JUMLAH GURU

JUMLAH STAF SOKONGAN
7 Staf
JUMLAH MURID
416 Murid
 ( APDM bertarikh  29. FEB. 2016 )
JUMLAH MURID PRA SEKOLAH
50 Murid

Bangunan Lama SK SATU, TAPAH


Bangunan Baru SK SATU, TAPAH


Sejarah Bermula...........



Pada tanggal 2 Mac 1914, wujudlah sebuah sekolah yang bernama Government English School di Tapah yang mempunyai bilangan murid seramai  52  orang  yang terdiri dari berbilang kaum tetapi kebanyakkannya terdiri daripada kaum India.



Pada bulan September 1916, Methodist Mission of Malaya menubuhkan sebuah sekolah Inggeris yang dinamakan Methodist English School.Sekolah ini terletak di Pekan Tapah.Dengan tertubuhnya sekolah ini,maka murid-murid dari Government English School berpindah belajar ke sekolah tersebut.



Murid-murid yang berbangsa India terus kekal belajar di Government English School dan sekolah tersebut bertukar nama menjadi  Government Tamil School, Tapah.Bangunan itu adalah bangunan Sekolah Kebangsaan Satu, Tapah sekarang.



Pada tahun 1923, adalah detik permulaan sejarah Sekolah Kebangsaan Satu, Tapah, oleh kerana pada tahun ini juga kerajaan telah mengambil alih Sekolah Methodist dan menukarkannya kepada Government English School, Tapah.



Beberapa tahun kemudian, Sekolah Tamil telah berpindah ke banggunan lain iaitu di tempat bangunan  SJK(T) Tapah yang ada sekarang. Pihak kerajaan telah memindahkan Government English School Tapah ke bangunan SK Satu  sekarang.

Guru Besar pertama bagi Government English School Tapah ialah  Allahyarham Tuan Syed Shaidali. Perkembangan pelajaran sekolah ini amatlah mengalakkan.Bilangan murid sewaktu itu telah meningkat kepada 400 orang sebelum perang dunia kedua.
Dalam masa pemerintahan Jepun pula, Sekolah ini bergelar “Nippon-Go-Gakko” .Setelah peperangan berakhir iaitu semasa pemerintahan Tentera British (BMA).Sekolah ini memulakan khidmatnya kepada rakyat dengan dipelopori oleh Tan Sri Abdul Hamid Khan sebagai Guru Besar.
Pelajaran menengah dijalankan dan pada tahun 1952, sekolah ini telah menghantar beberapa orang calon untuk menduduki  Peperiksaan OSC ( Overseas School Certificate ).

Pada tahun 1957, bil murid  telah meningkat kepada 1450 orang dan pada tahun ini juga , Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dikuatkuasakan, Oleh itu pada tahun 1958, sebuah sekolah baru telah diabadikan dengan nama Government English Secondary School Tapah (GESS) dan kemudiannya dinamakan Sekolah Menengah Buyong Adil , Tapah. Murid –murid dari tingkatan satu hingga lima berpindah ke sekolah menengah itu.tetapi sebaliknya pula murid-murid dari darjah satu hingga enam kekal belajar di sekolah lama dan diubah namanya kepada SRJK(Inggeris) Tapah . Guru Besar pertama bagi SRJK (Inggeris) Tapah ini ialah En . T.G.Vankatesan . Dengan pimpinan dan daya usaha beliau yang gigih.SRJK(Inggeris) Tapah ini telah menjadi tumpuan pelajar. Untuk menampung bil murid yang kian bertambah, beberapa bilik darjah telah dibina.

Pada tahun 1970,  bilangan murid meningkat ke angka 1774 orang, dengan keadaan yang demikian telah menimbulkan masalah kekurangan bilik darjah.Pihak kerajaan telah mengambil tindakan yang positif dengan mendirikan sebuah lagi sekolah di Jalan Pahang.

Sekolah itu mengandungi 12 buah bilik darjah, pejabat bilik guru, tandas dan juga padang permainan. Sekolah itu memulakan perkhidmatannya pada 1.1.1971 dengan memindahkan 500 orang murid dari SRJK (I) Tapah ke sekolah tersebut.

Oleh kerana kedua-dua sekolah itu beraliran bahasa Inggeris, maka sekolah yang berhampiran dengan hospital daerah di sini dinamakan SRJK (I) Satu, Tapah, manakala   sekolah baru dinamakan SRJK(I) Dua, Jalan Pahang dan sekarang dikenali sebagai SK Datuk Kelana., Tapah.
Mengikut Dasar Pelajaran Kebangsaan  sekolah ini ditukar nama SK Satu Tapah. Pada tahun 1984 seramai 45 orang murid sekolah ini telah mendapat 5A dalam peperiksaan Penilaian Darjah Lima dan telah mendapat tempat pertama di antara sekolah-sekolah di seluruh negeri Perak.Ini adalah dengan kepimpinan dan kewibawaan Guru Besar En. Ibrahim b Mohd Zain dan dengan kerjasama guru-guru sekolah ini.

Bilangan murid lebih daripada 1000 orang. Sidang persekolahan dijalankan pagi dan petang. Kepentingan murid-murid tidak di abaikan dan bilik sembahyang dan perpustakaan telah dibina dan dilengkapkan.Sungguhpun padang permainan tidak ada di sekolah ini kegiatan sukan tidak pula ketinggalan . Sebuah padang Hospital Daerah ,Tapah dijadikan tempat kegiatan sukan serta pendidikan jasmani.

Dibawah pimpinan guru besar dan kerjasama guru-guru SK Satu Tapah terus maju. dibidang akademik.Keputusan peperiksaan penilaian Darjah Lima boleh menjadi ukuran manakala, di bidang kokurikulum pula sekolah ini telah menyertai semua jenis acara anjuran MSSPk serta telah mencapai beberapa kejayaan dibidang permainan.Kegiatan beruniform seperti Pengakap,Pandu Puteri dan Pasukan Bulan Sabit Merah juga tidak ketinggalan.

Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya dalam lapangan perniagaan dan juga  dalam lapangan perjawatan dewasa kini.
 

5 comments :

  1. dulu itu adalah sekolah saya

    ReplyDelete
  2. Salam.. i enrolled in the 1957 SPECIAL MALAY CLASS 1 and completed my primary education in std 6 @ NTPS (E) JALAN HOSPITAL.. before Mr Vengkatesan Mr Utam Singh was the HM IF NOT MISTAKEN. MY SECONDARY EDUCATION STARTED IN 1960 @ GESS AND THE HM WAS MR NEOH THEAN CHYE..

    ReplyDelete
  3. Salam hormat. Saya bekas murid NTPS Tapah. Tahun 1966-1970. Ingin hubungi rakan2 sedarjah.
    Tahun 69: Kelas5B, 70: Kelas6B
    Rakan Abd.Latiff,Long Chay Ching,Mickey,Kok Fong Peng,Matilda and many more.
    Boleh whatsApp 0165036320.

    ReplyDelete
  4. I was in this school from 1981-1986. I was the Head prefect in 1986.

    ReplyDelete
  5. Saya murid 1978-1983 SRK satu. Guru besar Mr Jugh Singh Dan en Ibrahim

    ReplyDelete